“…
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
…”
Ya Allah, janganlah Kau bebankan aku dgn sesuatu yg tak mampu utk aku pikul dan hadapinya. Kurniakanlah aku kekuatan dan ketabahan hati utk menempuh segala dugaan dan ujian yg Kau berikan kpdku. Jgnlah Kau tinggalkan aku sendirian kerana sesungguhnya aku tidak mampu menghadapinya tanpaMu di sisiku. Sesungguhnya hanya Kau Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Amin