Sep
06
Filed Under (Current Affairs, Family) by hepi-gurlz on 06-09-2007

Innalillahiwainnailahirajiun…. DariMu dia dtg, kpdMu jualah dia kembali…

Hari ni genap 7 hari Ma meninggalkan kami sekeluarga. Meninggalkan kami utk selama-lamanya utk bertemu dgn Tuhan Yg Maha Pencipta.

Aku terasa seperti bermimpi. Seolah2 baru semalam aku berborak dgnnya psl penyakitnya. Seolah2 baru semalam aku berbaring bersama2 dgnnya di atas katil. Masih tergiang2 suaranya di telingaku. Masih terbayang2 wajahnya di ruang mataku.

Sejak Ma disahkan menghidap kanser, aku sedar bahawa masanya bersama kami sudah tidak lama. Aku tahu bahawa dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga nanti. Jadi sejak dari hari itu, aku sentiasa mengingatkan diri aku bahawa cepat atau lambat, masanya akan tiba. Meskipun begitu, bile tiba masanya dia meninggalkan aku, aku tetap rasa terkejut. Rasa spt tidak percaya. Adakah benar dia telah meninggalkan kami? Kenapa dia tidak berikan aku sedikit tanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya? Kenapa dia pergi begitu sahaja?

Aku masih ingat beberapa kali aku memeriksa nadinya dan beberapa kali juga aku cuba mencari2 dengupan jantungnya sewaktu Walid mengatakan Ma telah tiada.Walaupun aku cuba menafikannya, namun jelas di penglihatanku bahawa dadanya tidak bergerak lagi. Dan walaupun aku sudah merasai seluruh dadanya dgn telapak tanganku, namun aku masih tidak dapat merasai dengupan jantungnya.

Tidak kira selama mana pun aku cuba utk mempersiapkan diriku, hakikat sebenarnya aku tetap tidak bersedia utk kehilangannya. Mana mungkin aku dpt bersedia? Tidak akan ada seorg manusia pun yg dpt bersedia utk kehilangan org yg tersayang lebih2 lagi ibu atau bapanya walaupun diberikan masa 100 tahun lamanya utk mempersiapkan diri.

 

“Ya Allah Ya Tuhanku wahai Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ampunilah dosa2 yg telah dilakukan oleh ibuku sewaktu dia masih hidup. Peliharalah dia sebagaiman dia memeliharaku sewaktu kecilku. Jauhilah dia drp azab seksaan kubur. Dan, tempatkanlah dia di dalam syurga di kalangan org2 yg beriman.”